Friday, January 30, 2009

Pengalaman Menjual Apam Balik

Setelah meletakkan jawatan sebagai Penolong Setiausaha Zakat, Hanafi ingin pula melakukan kerja-kerja sendiri. Hanafi mengambil kursus membuat apam balik dengan seorang kawannya dan akhirnya menjual apam menjual apam balik di Yala Siam.

Di Yala Hanafi tinggal bersama-sama rakannya yang bernama Awang Legor seorang penjual tembakau yang neneknya berasal dari Kedah juga.

Hanafi menjual apam balik di pekan-pekan Rabu, Pekan Hari sambil berpantun-pantun.

Perniagaannya sungguh laris. Dengan ini ia dapat menampung anak isterinya yang tinggal di Kedah.

Tetapi setelah enam bulan menjual apam balik, Hanafi terpaksa pula berhenti, kerana timbul masalah harga tepung mahal di Siam dan masalah pertukaran wang dimana nilai wang Siam jauh lebih rendah dari wang Malaysia.

No comments:

Post a Comment