Tuesday, February 3, 2009

Tentangan Dari Silat Kalimah

Kegagalan Azmi dan Redwan Long untuk memperolehi kedudukan tinggi di Cawangan Silat Cekak Sungai Petani dan pemecatan mereka dari menjadi ahli persatuan tersebut telah menimbulkan keazaman mereka untuk menentang Hanafi dan PSSCM.

Kegagalannya di peringkat awal untuk menjatuhkan imej Hanafi melalui serangan liar di stesyen keretapi Butterworth telah menambahkan keinginan mereka untuk mengatur langkah seterusnya bagi mencapai matlamatnya.

Azmi dan Redwan telah berpakat dengan bekas Guru Hanafi iaitu Yahya Said untuk sama mengatur strategi.

Mereka telah memberi sokongan yang kuat kepada Yahya Said untuk terus mengembangkan Silat Kalimah yang pernah dipelopori oleh Yahya Said sebagai alat, kerana pada anggapan mereka Yahya Said mempunyai lebih kebolehan daripada Hanafi.

Dengan usaha mereka satu persatuan baru telah didaftarkan di Pulau Pinang pada 26hb November 1971 dikenali sebagai Persatuan Kalimah.

Dari tarikh ini mereka telah mula mengikuti jejak langkah Siat Cekak di Kuala Lumpur di mana pusat pergerakan mereka telah ditubuhkan di sebuah rumah di Batu Cave, Kuala Lumpur.

Melalui kempen-kempen yang dilakukan oleh Redwan menyebabkan masyarakat yang tidak tahu menahu kedudukan yang sebenar telah mempelajari silat tersebut.

Kehadiran Silat Kalimah ini merupakan batu penghalang yang sangat merbahaya kepada perkembangan Silat Cekak di Kuala Lumpur dan menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat, kerana mereka mendakwa Silat Cekak berasal dari Silat Kalimah.

No comments:

Post a Comment