Sunday, February 1, 2009

Usaha Mengumpulkan Ahli

Hanafi berfikir panjang bagaimanakah sebaik-sebaik jalan baginya untuk melahirkan kembali silat yang dimiliki oleh Yahya itu. Keadaan hidup yang serba sempit itu menjadi satu masalah besar baginya untuk mengembangkan silat ini.

Yahya pula menghendaki bayaran yang lumayan dari Hanafi untuk mengajar silat itu dan nyata Hanafi memang tidak mampu untuk membiayainya. Sebaik jalan baginya ialah mengumpulkan seberapa seberapa ramai orang yang berminat untuk sama-sama mempelajarinya.

Tetapi satu masalah timbul baginya berbuat demikian, iaitu sejak dahulu lagi masyarakat sekitarnya tidak bersetuju dengan Hanafi, kecuali rakan-rakan yang memahami jiwanya.

Dari segi pengalaman yang mereka lihat masyarakatnya menganggap Hanafi tidak akan berjaya kerana Hanafi biasa gagal di dalam semua perjuangannya, baik bergiat di bidang politik, menjadi pegawai zakat atau menjual ubat. Tambahan pula silat itu tidak bernama dan tidak tahu asal usulnya, malahan guru yang akan mengajar bukan berasal dari Kedah.

Fahaman kedaerahan mereka yang tebal sedikit sebanyak menggagalkan usaha Hanafi kerana mereka percaya bahawa silat-silat yang wujud di Kedah sejak beberapa lama diamalkan itu sudah lengkap. Oleh itu Hanafi cuba mempengaruhi rakan-rakannya yang sefaham untuk mempelajari silat ini.

Hanafi tidak mahu memiliki silat ini seorang sahaja. Ia mahukan supaya rakan-rakan dan masyarakat Melayu amnya mempelajari silat ini bersama. Ini satu bukti memperlihatkan ketinggian peribadi Hanafi yang tidak mementingkan diri sendiri dan tidak tamak dengan ilmu yang akan diperolehinya. Ia percaya ilmu yang ada, adalah kepunyaan Allah dan sesiapa yang mempunyai habuan boleh memilikinya.

Hanafi juga percaya sebaik-baik jalan baginya untuk mengumpulkan ahli ialah dengan cara menjadikan diri setaraf dengan penuntut-penuntut lain. Tidak ada salahnya seseorang yang telah banyak pengalaman menjadi murid kembali atas maksusd untuk memperolehi pelajaran.

Cara ini biasa dilakukan oleh Imam Ghazali sewaktu menuntut ilmu, dari keadaan yang disanjung kerana kealimannya dari segi ugama telah menjadikan dirinya sebagainya seorangt yang membaiki kasut di tepi jalan semata-mata untuk mempelajari pelajaran yang berguna dari seorang tukang kasut.

Peribadi Hanafi yang demikian itu membayangkan ia tidak bermegah dengan pelajaran yang dimiliki itu dan dengan senang hati bergaul kembali dnegan rakan-rakannya yang lain semata-mata untuk memperolehi pelajaran.

Setelah bertungkus lumus mempengaruhi rakan-rakannya akhirnya Hanafi berjaya mengumpulkan seramai 20 orang yang bakal mempelajari silat itu.

No comments:

Post a Comment