Monday, January 26, 2009

Fahaman Kebatinan Hanafi

Melalui Haji Zain dan pada mulanya dari Pak Ngah Syarif, Hanafi dapat memutuskan fahaman kebatinannya (iktikad, pegangan hati). Yang dimaksudkan dengan fahaman kebatinan itu ialah membersihkan hati atau menghilangkan sakit jiwa, seperti tubuh boleh berpenyakit (risau, sombong, gila pangkat dan lain-lain lagi ).

Penyakit jiwa ini mesti dibuang supaya roh dapat berhubung dengan Allah Taala dengan tenang dan khusyuk. Dengan ini jiwa akan merasa tenteram dan aman dalam dunia ini. Setelah roh mendapat sejahtera tubuh juga akan beroleh kesejahteraan dan dapat mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Tujuan besar menghilangkan sakit jiwa supaya roh jangan ditakluki oleh hawa nafsu. Hidup di dunia ini adalah bertuhankan Allah sahaja. Tidak takut menghadapi kenyataan, susah senang dirasakan aman sahaja kerana hidup, mati, rezeki telah ditentukan oleh Allah. Manusia setakat berusaha saja, hasilnya adalah dari Allah.

Menurut pegangan Hanafi hanya pada tempat tuhan bergantung dan Nabi Muhammad sebagai ikutan dan pedoman. Lain dari yang dua ini. Hanfi tidak menghiraukannya, umpamanya kepada wali-wali Allah, kerani seseorang yang menjadi wali Allah itu dikurniakan oleh Allah, jadi sesiapa sahaja boleh menjadi wali Allah asalkan ia seorang yang kuat keyakinan dan teguh pendirian kepada Allah.

Dengan fahaman inilah dapat mententeramkan hatinya, fikiran dan memancar cahaya perjuangan didalam hidupnya. Fahaman iktikad yang diamalkan oleh Hanafi ialah Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu yang mengikut sunnah (perjalanan) Rasullulah dan sahabat-sahabat rasullulah.

No comments:

Post a Comment