Monday, January 26, 2009

Belajar Dengan Haji Zain Bin Lebai Abdullah

Ramai guru dan orang handalan yang telah ditemuinya dalam tempoh perantauannya selama 16 tahun tetapi Hanafi masih lagi tidak puas hati kerana fahaman kebatinannya masih lagi tidak dapat disimpulkan. Tidak ada seorang guru yang telah ditemui diseluruh Tanah Melayu yang dapat menyelasaikan masalahnya, melainkan seorang guru yang bernama Pak Haji Zain Bin Lebai Abdul Rahman menantu dan anak saudara Tuan Masail (Kadhi Jitra, Kedah). Dimasa itu hanafi telah pun berumur 34 tahun.

Haji Zain tingggal di Pantai Johor, Alor Star, Kedah. Ia selalu berada di Pekan Rabu kerana menjual kitab-kitab agama. Sebenarnya Hanafi biasa melihat Pak Haji Zain sebelum ini, tetapi Pak Haji Zain tidak memperlihatkan kebolehannya. Hanafi hanya mengenalinya sebagai seorang yang mempunyai iktikad (pegangan hati) yang dalam setelah masing-masing cabar mencabar mengenai pegangan masing-masing yang hampir melibatkan pergaduhan, di sebuah kedai kopi di Pekan Rabu disaksikan oleh Pak Hussain, sahabat karib Hanafi.

Dengan ini Hanafi mula menyedari Pak Haji Zain ialah orang yang dicarinya selama ini untuk mengajarnya ilmu kebatinan (pegangan hati) atau ilmu tauhid. Maka dengan ini, Hanafi pun mula berguru dengan Haji Zain.

Kitab yang diajar oleh Haji Zain ialah Kitab Hikam Ibni Ataillah, terjemah ke Bahasa Melayu oleh AL Alim Al Hammah Al Fadhilah, yang bergelar tok Pulau Manis Terengganu. Pak Haji Zain berpesan kepada Hanafi Bahawa isi dalam kitab ini tidak tidak boleh dicakapkan sebarangan, dikhuatiri akan menjadi fitnah, melainkan kepada-kepada penuntut yang khas sahaja.

Pak Haji Zain pernah mengatakan kepada Hanafi, bahawa bahawa Hanafi adalah seorang penuntut yang cepat memahami segala ajarannya, 40 kali ganda berbanding dengan penuntut yang pernah diajarnya. Beliau juga pernah mengatakan Hanafilah yang menjadi harapannya kerana anak-anaknya sendiri tidak boleh diharapkan.

Walaupun Hanafi berguru dengan Haji Zain mereka selalu bertengkar kerana cara pemikiran mereka adalah berbeza. Mereka selalu bertentangan pendapat. Pak Haji Zain pernah berkata “Biarlah bergaduh di luar sahaja tetapi jangan berpecah dihati”. Hanafi mempunyai pendirian sendiri jarang mendengar mendengar nasihat Haji Zain. Umpamanya Haji Zain melarang ia mengembangkan Seni Silat Cekak kerana khuatir kecaman masyarakat tetapi Hanafi tetap berdegil. Akhirnya Haji Zain bersetuju sahaja apabila melihat usaha-usaha Hanafi mula beroleh kejayaan. Malah meramalkan pula Hanafi akan berjaya mencapai cita-cita hidupnya dan seluruh Tanah Melayu suatu masa nanti akan menggunakan Silat Cekak sahaja dan Hanafi sahajalah orangnya yang boleh memimpin silat ini.

Pak Haji Zain juga menjelaskan Hanafi juga anak laki-laki tulen, sanggup diuji walaupun dari segala sudut dan segi.

Dalam usaha berguru dengan Haji Zain Hanafi mula merasakan dirinya telah mendapat kepuasan hidup. Masalah kebatinan telah dapat disimpulkan, Haji Zainlah orang yang memutuskan fahaman kebatinannya.

No comments:

Post a Comment