Pelajaran Silat Cekak terbahagi kepada lapan bahagian, dan terdapat tiga kali ‘ijazah’.
Ijazah Pertama
Penuntut-penuntut baru diminta membawa 2½ ela kain putih. Kain putih ini melambangkan kebersihan, kesucian dan keikhlasan hati penuntut-penuntut dalam mempelajari silat ini. Di zaman dahulu kain putih bermaksud sebagai kain kapan untuk mengapankan penuntut-penuntut yang derhaka kepada guru. Penuntut-penuntut juga diminta membawa pengeras sebanyak $15.30¢.
Upacara ini dimulakan dimana guru dan penuntut-penuntut baru bersalaman di atas kain-kain putih yang telah dibentangkan dan penuntut akan mengangkat sumpah dengan nama Allah tidak akan melanggar perjanjian atau syarat-syarat Silat Cekak yang telah ditetapkan. Sebenarnya upacara pengijazahan pertama ini adalah untuk menghubungkan antara murid dengan guru secara ikhlas dan jujur.
Setelah ini kain putih diambil kembali oleh penuntut-penuntut untuk dijadikan cadar tidur selama tiga malam berturut-turut supaya mendapat ‘alamat’ tertentu. Selepas tiga hari kain putih ini akan diserahkan kepada guru untuk disimpan.
Selepas ijazah pertama ini barulah penuntut-penuntut baru diajar dengan kaedah pelajaran Silat Cekak iaitu:
Buah-buah Silat Cekak ialah:

- Kaedah A, B, C dan D. Empat pergerakan di tangan kanan dan empat pergerakan di tangan kiri (kaki tidak bergerak), berdiri lurus seperti berdiri waktu sembahyang (tidak berdiri berkuda-kuda), supaya sentiasa bersedia untuk menunggu serangan dari hadapan, kiri, kanan mahupun belakang. Dengan berdiri lurus juga musuh tidak mengenali seseorang itu bersiap sedia untuk bergaduh.Buah-buah dasar (basic) sambungan daripada kaedah A, B, C dan D, dilatih bergerak sekali tangan dan kaki.
- Buah-buah pecahan atau buah-buah anak sambungan daripada buah-buah dasar pelajaran yang kedua. Dengan buah-buah pecahan inilah untuk mempertahankan keselamatan daripada segala rupa serangan.
Buah-buah Silat Cekak ialah:
- Buah Pertama (Buah Cekak)
- Keputusan Gayong Patani (daripada Gayong Patani)
- Keputusan Sendeng Atas (daripada Sendeng)
- Buah Hentak (daripada Silat Harimau)
- Buah Kilas Belakang (Buah Cekak)
- Buah Kidung Kiri (Buah Cekak)
- Buah Kilas Hadapan (Buah Cekak)
- Buah Kidung Kanan (Buah Cekak)
- Buah Kuntau Kiri (Buah Cekak)
- Buah Kuntau Kanan (Buah Cekak)
- Buah Paras (Buah Cekak)
- Buah Selendang (Buah Cekak)
- Buah Ali Patah Atas (Buah Cekak)
- Buah Ali Patah Sudah (Buah Cekak)
- Keputusan Silat Terlak (daripada Terlak)
- Keputusan Lintau (daripada Lintau)
- Keputusan Sendeng Bawah (daripada Sendeng)
- Buah Pasong Kemanga (daripada Silat Kemanga)
- Buah Sengkak (Buah Cekak)
- Buah Empuk (Buah Cekak)
- Buah Siku Potong (Buah Cekak)